Mail Box Links e-Pertanyaan Online Cari Waris Photo Gallery Polls

Home
Perutusan Pengarah
Visi/Misi/Objektif
Piagam Pelanggan
Carta Organisasi
Ketua-Ketua Unit
Lokasi Wad-Wad
Peta Lokasi
Sejarah
Perkhidmatan
Statistik
Klinik Psikiatri
Klinik METADON
Klinik Kanak2/Remaja
Kemasukan Ke Wad
Takwim/Kalendar
Direktori e-Mel
Koleksi Video Clip
Download Artikel
Arkib
PEKA
Sitemap
About Us
Penafian
LAIN-LAIN PAUTAN
MPA
Psychiatric Services
Psychiatric Bulletin
Psychiatric Times
MOH Cube
Pekeliling KKM
Pekeliling JPA
Pek Perbendaharaan
MyCPD
e-Notifikasi (CDCIS)
Pinjaman Perumahan
e-Filing Income Tax

 

sebarang pertanyaan - sile emel: pertanyaan@permai.gov.my

Maklumat Penting
Terapi Gantian dengan Metadon

Apakah itu Terapi Gantian dengan Metadon dan faedahnya?

Terapi Gantian dengan Metadon ialah rawatan menggunakan metadon sebagai gantian dadah berbahaya (heroin dan morfin) bagi penagih tegar.

Metadon ialah dadah sintetik yang memberi kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi diambil secara oral (melalui mulut).

Ia berkesan dalam rawatan penagihan heroin kerana berupaya menggantikan dadah berbahaya itu, mencegah tanda-tana pengunduran dan mengurangkan ketagihan.

Faedah

  • Meningkatkan kesejahteraan kesihatan dan mutu kehidupan.

  • Mengurangkan kematian.

  • mengelakkan perkongsian jarum suntikan kerana ia diambil secara oral.

  • Dos yang kecil mampu menghilangkan rasa ketagihan.

  • Mengurangkan risiko penyakit 'Blood Bone Virus'.

  • Meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal.

  • Penagih akan berhenti melakukan perkara-perkara negatif.

  • Hidup penagih lebih ceria dan mampu menjalani kehidupan normal.

  • Hidup penagih tidak memberi kesan kemudahan kepada penagih.

Kesan-kesan daripada Metadon

Kesan Ketagihan Heroin

  • Mencegah tanda-tanda sindrom dan mengurangkan rasa gian

  • Mudah diserap apabila diminum.

  • Kesannya berpanjangan dan diambil sekali sehari.

  • Mengurangkan kesan Euphora Opiate.

Kesan Fisiologi

  • Penurunan tekanan darah.

  • Pengecilan anak mata.

  • Tindak balas saluran usus.

  • Meningkatkan ton 'pyloric sphincter'.

  • Gangguan hormon.

Fungsi endoktin akan normal selepas 2 - 10 bulan pengambilan metadon.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan terhadap penagih yang mengambil metadon.

  • Sukar tidur.

  • Loya dan muntah.

  • Sembelit.

  • Mulut kering.

Metadon, alkohol dan interaksi dengan dadah lain.

  • Sekiranya anda berjumpa doktor selain doktor yang menjalankan rawatan metadon, maklumkan kepadanya bahawa anda sedang menjalani rawatan metadon.

  • Metadon bertindak menutup rangsangan heroin dan dadah lain pada otak. Dengan rawatan metadon ini, ianya akan mengurangkan atau menghilangkan tindakbalas heroin dalam badan anda.

  • Sila patuhi arahan pengambilan dos metadon mengikut keperluan dan jangkamasa yang disarankan. Pengambilan metadon yang berlebihan dan tidak mengikut jadual dan arahan yang betul akan mendatangkan risiko 'overdose'.

  • Campuran sebarang dadah lain dengan metadon adalah amat berbahaya. Ianya boleh menyebabkan gejala seperti mengantuk, lali, tidak sedarkan diri dan membawa maut.

  • Dinasihatkan untuk tidak mengambil alkohol/minuman keras. Terlebih dos alkohol boleh mengganggu proses rawatan metadon. Sekiranya anda mengambil alkohol secara berterusan, sila berbincang jumlah pengambilan alkohol bersama doktor anda. Ianya bagi membantu mengurangkan seterusnya berhenti dalam pengambilannya bagi mengelak masalah yang timbul dalam rawatan metadon.

Perkara-perkara yang perlu di patuhi oleh klien.

  • Memberi kerjasama terhadap program serta patuh pada peraturannya.

  • Bersedia menjalankan ujian air kencing apabila diminta.

  • Menghadiri rawatan di hospital/klinik setiap hari sehingga betul-betul stabil.

  • Menghadiri sesi kaunselling seperti yang dijadualkan.

  • Ikuti prosedur rawatan metadon supaya tidak terlebih dos. Ikuti sukatan metadon mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan.

  • Dilarang memandu kenderaan, menunggang motosikal atau mengendalikan sebarang mesin setelah menerima dos sehingga diri anda betul-betul dalam keadaan stabil.

  • Bawa bersama rakan atau saudara terdekat semasa rawatan dijalankan. Ini kerana mereka boleh memberi bantuan jika terdapat sebarang masalah.

  • Mengambil pelbagai jenis dadah yang terlarang boleh membahayakan anda.

  • Maklumkan kepada mana-mana doktor yang merawat anda sekiranya anda sedang menerima rawatan terapi gantian dengan metadon.

  • Klien yang menghadapi Hepatitis B dan C serta HIV, mereka hendaklah memaklumkan kepada doktor yang merawat. Ini kerana metadon boleh menggangu proses rawatan penyakit berkenaan.

  • Sekiranya klien gagal mendapatkan rawatan sebanyak 2 kali berturur-turut, program rawatan klien akan dinilai dan dijalankan semula bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh doktor berkenaan.

  • Semasa berada di pusat rawatan klien harus berdisiplin dan mematuhi arahan hospital/klinik.

Metadon dan Undang-Undang

  • Klien tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang sekiranya terbukti masih terlibat dalam penyalahgunaan dadah sepanjang tempoh rawatan.

  • Dilarang menjual, mengedar, membeli dan menghisap sebarang jenis dadah di pusat rawatan.

  • Metadon adalah untuk kegunaan sendiri sahaja ia tidak boleh dijual.

  • Mana-mana klien yang ingin ke luar negara perlulah mengetahui terlebih dahulu undang-undang berkenaan dadah di negara yang ingin dituju agar mengelak sebarang masalah yang timbul.

Metadon dan Wanita.

  • Wanita mungkin akan berhenti kitaran haidnya bila mereka mula mengambil metadon. Terdapat banyak alasan lain kenapa kitaran haid menjadi tidak menentu:

Mengandung

Tekanan

Amalan pemakanan tidak sihat.

Berat bertambah dan berkurang.

Putus haid.

Masalah kesihatan lain.

Perubatan lain.

  • Jika anda mengandung, jangan bimbang metadon. Ini kerana:

Perempuan mengandung yang menjalani rawatan metadon akan mengalami beberapa komplikasi sahaja semasa mengandung dan melahirkan anak berbanding dengan penagih tegar.

Kajian metadon telah dibuat secara meluas ke atas ibu mengandung.

Mengambil metadon semasa mengandung boleh mencegah keguguran dan tekanan.

Pengurangan dos metadon semasa trimester pertama dapat meningkatkan risiko keguguran.

Semasa mengandung, dos anda hendaklah bersesuaian bagi mengelak daripada ketagihan, tabiat dadah jalanan serta mengelak daripada penarikan diri dari rawatan metadon.

Bayi

  • Mengikut kajian yang dibuat, ramai bayi telah dilahirkan daripada ibu yang mengambil metadon.

  • Jangan sekali-kali cuba memberikan metadon kepada bayi anda. Ianya boleh membawa maut.

Penyusuan Susu Ibu

  • Pengambilan metadon tidak memberi kesan dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi.

  • Bayi menyusu akan menerima sedikit sahaja kuantiti metadon.

  • Sekiranya anda ragu-ragu, sila berbincang bersama doktor anda sebelum memutuskan samada melakukan penyusuan ibu kepada bayi atau tidak.

Dapatkan nasihat jika perlu.

Sekiranya masalah anda boleh merujuk di Hospital Kerajaan. Klinik Kerajaan dan Klinik Swasta yang terpilih mengikut zon yang ditetapkan seperti berikut:-

Hospital Permai Johor Bahru
Tel: 07-2373333 atau 07-2380806

Rujukan: Cawangan Aids/STD, KKM

Hakmilik Terpelihara@ 2008 Hospital Permai Johor Bahru. Notis Penafian. Keterangan lanjut: sila emel info@permai.gov.my. Last Update 16/10/2008