|
Pertandingan Memasak Peringkat Unit
Dietetik & Sajian Hospital Permai
Satu
pertandingan memasak telah diadakan di
Unit Dietetik & Sajian pada 27 Ogos
2008. Terdapat 4 kumpulan dengan 2 orang
peserta bagi setiap kumpulan telah
mengambil bahagian. Tema pertandingan
adalah “masakan ayam” dan peserta bebas
untuk memilih jenis menu atau resipi
dengan kreativiti sendiri. Kumpulan “The
One” telah menyediakan masakan jenis
western – “Four Season Chicken
Wantan”. Kumpulan “Sajian Permai”
juga menyediakan masakan jenis
western yang diberi nama “Chicken
Breast with Black Pepper”. “Chicken
Stuffed Capsicum & Chicken Sushi”
yang berasaskan masakan Chinese
telah disediakan oleh kumpulan “Agogo
Yihi”, sementara Kumpulan “Keris”
pula menyediakan masakan Melayu yang
diberi nama “Kumpo Ayam Tepian Tebrau”.
Pengadil untuk pertandingan ini terdiri
daripada wakil dari pihak pengurusan,
matron dan PPP.
Johan telah dimenangi oleh kumpulan “The
One” dan Naib johan pula dimenangi
oleh kumpulan “Agogo Yihi”.
Kedua-dua kumpulan ini akan mewakili
Unit Dietetik & Sajian Hospital Permai
bagi pertandingan memasak peringkat
Negeri Johor yang akan diadakan pada
bulan Oktober. Hadiah-hadiah telah
disampaikan oleh Timbalan Pengarah
Hospital Permai, Dr. Khairuddin Ab.
Wahab. Syarikat Prima Gas Sdn. Bhd.
telah bermurah hati menaja tong gas
berserta dapur gas dan apron untuk
pertandingan tersebut. ...
photogallery |