Perutusan Pengarah
Pada tahun 2007,
Hospital Permai telah mencapai
prestasi yang menggalakkan dengan
penambahbaikan yang ketara dalam
perkhidmatan rawatan psikiatri dan
kemudahan pengurusan. Saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada
setiap anggota Hospital Permai di
atas sokongan padu dan sumbangan
yang diberi ke arah pencapaian ini.
Tahun 2007 banyak
melakar peristiwa penting dalam
sejarah Hospital Permai. Setelah 70
tahun berdiri teguh, Hospital Permai
akan digantikan dengan projek
hospital baru bernilai RM600 juta
yang serba moden dan canggih.
Majilis Pecah Tanah Hospital Baru
ini telah diadakan pada 18 Jun 2007
dan disempurnakan oleh Y.A.B. Dato'
Hj. Abdul Ghani Bin Othman, Menteri
Besar Johor. Turut hadir pada majlis
tersebut, Dato' Dr. Chua Soi
Lek, Menteri Kesihatan Malaysia dan
Dato' Dr. Abdul Latiff Bin Ahmad,
Timbalan Menteri Kesihatan. Hospital
Permai juga telah memulakan program
Sistem Pengurusan Kualiti ISO
9001:2000 yang dilancarkan pada
November 2007 bagi menambahbaik
kualiti perkhidmatan dan pengurusan.
Selain itu, banyak
program dan aktiviti yang dirancang
mengikut takwim telah dijalankan.
karnival Hari Tebruka telah diadakan
pada 8 Julai 2007 bertempat di
Dataran Hospital Permai. Karnival
ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr. Hj.
Marzukhi Bin Md. Isa, Pengarah
Keisihatan Negeri Johor sebagai
wakil rasmi Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis sambutan Hari Perayaan
bersama pesakit seperti Sambutan
Hari Raya Aidilfitri yang diserikan
oleh Y.B. Dr. Hjh. Robia Binti Dato'
Hj. Kosai, Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat Johor, Tahun Baru Cina
dan Hari Deepavali & Krismas telah
diadakan dengan meriahnya.
Konvensyen Kesihatan Mental Ke-9
telah diadakan di The Zone Regency
Johor Bahru pada 17-18 Ogos 2007 dan
dihadiri seramai 600 peserta.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh
Dato' Dr. Abdul Latiff Bin Ahmad,
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Majlis makan malam
konvensyen pula diserikan dengan
kehadiran Y.B. Dato' Halimah Binti
Mohamed Sadique, Pengerusi
Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan
Kesihatan Negeri Johor sebagai wakil
rasmi Menteri Besar Johor.
Bilangan pesakit luar
Hospital Permai juga telah meningkat
sejak 10 tahun yang lalu iaitu
seramai 4,982 orang pada tahun 1996
dan 17,750 orang pada 2007. Bilangan
pesakit luar baru meningkat dari 28
orang pada tahun 1996 kepada 1206
orang pada tahun 2007. Data ini
jelas menunjukkan kesedaran terhadap
penyakit mental telah meningkat dan
lebih ramai pesakit datang untuk
mendapatkan rawatan. Peningkatan ini
juga berlaku bagi kes kanak-kanak.
Ini menunjukkan berlakunya kesedaran
dalam diri keluarga dan
pesakit-pesakit tersebut.
Akhir kata, saya
merakamkan penghargaan kepada
pihak-pehak yang berkenaan,
organisasi bukan kerajaan (NGO's),
penyokong serta sahabat Hospital
Permai di atas sokongan dan
sumbangan mereka yang berterusan.
Kerjasama dari semua pihak
diperlukan untuk merealisasikan misi
hospital ini pada masa yang akan
datang.
Dr. Benjamin Chan Teck Ming
Pengarah Hospital Permai,
Johor Bahru