-
Setiap pesakit akan disambut
dengan mesra dan prosedur
kemasukan pesakit disempurnakan
dalam tempoh 30 minit.
-
Setiap pesakit akan diperiksa
oleh Pegawai Perubatan selepas
dimasukkan ke wad dalam tempoh 1
jam.
-
Setiap pesakit akan diperiksa
oleh Pakar Psikiatri
sekurang-kurangnya sekali
seminggu selama tempoh pesakit
berada di wad kemasukan.
-
Setiap pesakit akan dilayan
dengan baik, mesra, hormat,
jujur, ikhlas, bertimbang rasa
dan bersopan santun.
-
Setiap pesakit akan dibantu
dengan aktiviti-aktiviti
pemulihan sebagai persediaan
untuk hidup berdikari selepas
dikeluarkan dari hospital.
-
Setiap pesakit akan diberikan
pengajaran kesihatan mengikut
kemampuan diri sendiri.
-
Memastikan pesakit di wad yang
mempunyai masalah penyakit akut
akan dirujuk kepada Pegawai
Perubatan untuk tindakan lanjut
dan diperiksa dalam masa 1 jam.
-
Setiap pesakit di wad akan
diberikan pengawalan yang
selamat, keadaan yang selesa dan
suasana persekitaran yang
mnyenangkan.